Malaysia dijemput OIC sertai mesyuarat UNSC

Malaysia dijemput OIC sertai mesyuarat UNSC

ZAMBRY Abd Kadir sebelum berlepas bagi menghadiri mesyuarat khas UNSC di KLIA. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Bangsa Bersatu (UNSC) melakar sejarah kerana ia dibuat atas pelawaan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) demi menyatakan pendirian negara ini dalam isu Palestin.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, beliau turut bakal menyertai mesyuarat plenari Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pagi esok yang diadakan khusus bagi meneliti segala perkembangan semasa konflik Palestin-Israel.

“Sebenarnya Malaysia dipanggil hadir untuk memberikan intervensi (campur tangan dalam urusan dua pihak) daripada sudut pandang nilai kita sendiri,” katanya kepada pemberita di Terminal 1 KLIA, sebelum berlepas bagi menghadiri mesyuarat khas UNSC itu di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), New York, Amerika Syarikat (AS) pada lusa.

Kali terakhir Malaysia menjadi anggota tidak tetap UNSC ialah ketika penggal 2015/2016 selepas pernah dipilih untuk penggal 1999/2000, 1989/1999 dan 1965 bagi mewakili Asia.

Majlis itu dibentuk pada 1945 dengan ahli tetap terdiri daripada lima kuasa dunia yang iaitu AS, Britain, Perancis, China dan Rusia dengan memiliki veto atau undi pembatal usul.

Beliau pada masa sama membayangkan proses jeda kemanusiaan yang dilaksanakan Jumaat lalu selaras dengan gencatan senjata Hamas-Israel akan diteruskan untuk tempoh lebih lama.

Pada masa sama, beliau juga akan membawa mesej Malaysia agar peperangan dan juga pembunuhan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis di bumi Gaza itu dihentikan segera. yang kini mengorbankan lebih 13,000 orang awam di Gaza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya