Majlis Ulama ISMA minta konsert Coldplay dibatalkan - Utusan Malaysia

Majlis Ulama ISMA minta konsert Coldplay dibatalkan

ZAMRI HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) mengecam penganjuran konsert kumpulan muzik terkenal, Coldplay yang akan dianjurkan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur minggu depan dalam suasana umat Islam di Gaza menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

Pengerusi MUIS, Datuk Zamri Hashim, meminta pihak berwajib membatalkan konsert itu bagi menghormati perasaan kesedihan dan simpati terhadap saudara Islam di Palestin yang sedang dibom dan diserang hingga melibatkan lebih 11,000 nyawa terkorban.

“Penganjuran konsert yang dibawa khas daripada luar ini pada waktu peperangan yang sedang berlaku di Gaza yang telah meragut ribuan nyawa umat Islam adalah sangat bertentangan dengan nilai agama dan persaudaraan sesama Islam.

“Apatah lagi kumpulan itu terpalit dengan tohmahan menyokong arus songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT),” katanya di sini hari ini.

Menurutnya,MUIS juga meminta semua umat Islam tidak terlibat dengan penganjuran konsert tersebut.

Timbalan Mufti Perak itu mengingatkan bahawa kelalaian umat Islam terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin adalah suatu dosa pengabaian yang akan dipersoalkan kelak.

Beliau menegaskan, MUIS menggesa semua pihak agar tidak berlepas diri daripada tanggungjawab membantu dan menolong saudara seislam di Palestin melalui semua aspek terutamanya doa, sumbangan dan sebaran keprihatinan kepada seluruh masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya