LKAN: RM259.98 juta UiTM kepada UiTM Holdings tiada kelulusan Menteri Kewangan 

LKAN: RM259.98 juta UiTM kepada UiTM Holdings tiada kelulusan Menteri Kewangan 

uitm
UiTM Holdings milik Universiti Teknologi Mara diwujudkan pada tahun 2007 dengan matlamat utamanya membantu menambah baik keperluan dan kebajikan mahasiswa di samping menjana pendapatan terutama dalam bidang perniagaan yang berkaitan dengan keperluan universiti berkenaan dan pengkomersialan penyelidikan pensyarahnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suntikan modal sebanyak RM259.98 juta oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada UiTM Holdings Sdn. Bhd., tidak mempunyai kelulusan Menteri Kewangan yang tidak selaras dengan Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173). 

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi berkata, perkara itu antara isu yang dibangkitkan berhubung UiTM Holdings Sdn. Bhd. dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2022 Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan. 

“Selain itu, pertukaran syarat nyata tanah daripada kategori institusi pengajian tinggi kepada kategori industri bagi projek UiTM Solar Park I di Gambang, Pahang belum diselesaikan serta dikenakan denda dan cukai tanah berjumlah RM14.69 juta,” katanya. 

Terdahulu, LKAN Tahun 2022 Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan mengukur pencapaian objektif penubuhan syarikat melalui aspek tadbir urus korporat, kedudukan kewangan dan pengurusan aktiviti utama syarikat.

Selain UiTM Holdings Sdn. Bhd, empat lagi syarikat yang diaudit ialah Kwasa Land Sdn. Bhd.; CSB Land Sdn. Bhd.; Malaysia Debt Ventures Berhad dan KETENGAH Holding Sdn. Bhd.

Bagi Kwasa Land Sdn. Bhd. (KLSB), Wan Suraya berkata, sasaran asal pembangunan Kwasa Damansara dalam tempoh 15 tahun bermula pada bulan Julai 2012 hingga 2027 masih belum dicapai oleh KLSB dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

“Hanya 5.20 ekar (0.4 peratus) daripada keluasan keseluruhan plot tanah boleh dijual (1,324.49 ekar) siap dibangunkan sejak tahun 2012 dan pelaburan KWSP dalam KLSB melibatkan modal berbayar berjumlah RM1.770 bilion, namun tiada bayaran dividen sejak penubuhannya (2009),” katanya. 

Tambah beliau, pengauditan khas turut dijalankan terhadap pengurusan dana bagi 11 program pembiayaan di bawah TEKUN Nasional melibatkan peruntukan yang diterima daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM395 juta bagi program pembiayaan 2021.

“Secara keseluruhannya, pengurusan dana dan aktiviti pembiayaan TEKUN Nasional adalah kurang memuaskan. 

“Selain itu, Jabatan Audit Negara turut membentangkan hasil projek rintis pengauditan penilaian kendiri syarikat Kerajaan (Box Article) yang merupakan inisiatif baharu yang telah diperkenalkan pada tahun 2023 dan melibatkan 30 syarikat. Inisiatif ini dapat mempertingkatkan amalan tata kelola di kalangan syarikat kerajaan,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya