Lagi lelaki warga asing jadi orang tengah keluar lesen terbang

Lagi lelaki warga asing jadi orang tengah keluar lesen terbang direman SPRM

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lagi lelaki direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menjadi orang tengah yang bersekongkol dengan penguat kuasa untuk pengeluaran lesen terbang.

Jumlah ini menjadikan lima individu ditahan oleh SPRM membabitkan kes itu.

Penahanan suspek lelaki warga asing yang berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam ketika diminta hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu.

Lelaki berkenaan dipercayai bersekongkol dengan penguat kuasa dengan nilai wang rasuah berjumlah kira-kira RM300,000 tanpa perlu mengambil ujian memandu.

Satu sumber mendedahkan, perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 29 November 2023 dikeluarkan oleh Majistret Tuan Ryan Sagiran Rayner Junior selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Lahad Datu, Sabah pagi tadi.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada sekitar tahun 2021 dan 2022 serta disyaki memberikan wang rasuah kepada penguat kuasa sebagai balasan untuk mengeluarkan lesen memandu kepada calon tanpa perlu mengikuti ujian memandu.

 “Modus Operandi (MO) yang dilakukan oleh “orang tengah” ini adalah dengan meminta wang rasuah daripada setiap calon antara RM400 hingga RM1,200 kemudian memberikan kepada penguat kuasa bagi mendapatkan lesen memandu pelbagai kelas tanpa menjalani ujian memandu” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN