"Koreklah pasir, tak mungkin jambatan ini dapat dibina baharu'

‘Koreklah pasir, tak mungkin jambatan ini dapat dibina baharu’

pasir
CHIN Kwee Hin menunjukkan jambatan kereta api yang rendah serta pasir mendap di bawahnya didakwa menjadi punca berlakunya kejadian banjir di Taman Semarak 2, Air Kuning Selatan, Tampin. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Penduduk di Taman Semarak 2, Air Kuning Selatan di sini memohon pihak berwajib untuk melakukan kerja mengorek pasir di sungai berhampiran taman perumahan itu bagi mengelakkan berlakunya kejadian banjir kilat di kawasan itu.

Salah seorang penduduk yang ditemui, Sulaiman Miswan, 67, berkata, masalah banjir kilat setiap kali hujan lebat mula berlaku apabila jambatan kereta api yang dibina agak rendah berbanding jambatan sebelum ini.

Keadaan tersebut menyebabkan aliran air sungai tidak mengalir dengan lancar.

“Tidak mungkin jambatan ini dapat dibina baharu, jadi penduduk berharap agar pihak berwajib dapat sentiasa mengorek pasir di bawah jambatan ini. Apabila hujan terlalu lebat, pasir memang akan mendap dan terkumpul di sini.

“Terdapat sebuah Tabika Perpaduan dan surau yang terletak seberang di seberang sungai, setiap kali hujan lebat memang kami risau dua premis itu akan terjejas dilanda banjir kilat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Sementara itu, bagi Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) Air Kuning Selatan, Abu Kasim Sharif, 63, berkata, banjir paling teruk pernah berlaku pada tahun 2011 apabila air banjir naik setinggi dua meter sehingga menenggelamkan premis tabika itu.

“Tengok keadaan juga, sebelum ini memang kerap berlaku banjir, namun sekarang air bergenang di kawasan luar sahaja.

“Saya juga memang harap pasir sungai berhampiran jambatan yang dibina rendah dapat dibersihkan selalu bagi elak banjir,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Baru Air Kuning Selatan, Chin Kwee Hin berkata, masalah banjir itu sudah membelenggu penduduk sejak hampir 20 tahun lalu.

Menurutnya, sungai berkenaan sudah pun dibersihkan, namun apa yang menjadi masalah adalah aliran air sungai tersekat apabila hujan terlalu lebat dan pasir mendap di kawasan jambatan berkenaan.

“Jadi kami harap pihak berwajib dapat memantau masalah pasir mendap di jambatan ini terutama apabila tibanya musim tengkujuh,” katanya yang memaklumkan kawasan tersebut sememangnya hotspot banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya