Konsert Coldplay dinasihat batal. Lalai, tidak memberi manfaat - Mufti Wilayah - Utusan Malaysia

Konsert Coldplay dinasihat batal. Lalai, tidak memberi manfaat – Mufti Wilayah

PENGANJUR konsert Coldplay memberi jaminan bahawa kumpulan itu akan mematuhi perkara-perkara yang digariskan dalam Garis Panduan PUSPAL (GPP).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjur Konsert Coldplay : Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur dinasihatkan tidak meneruskan acara berskala besar tersebut yang disifatkan melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini.

Dalam satu kenyataan, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, konsert tersebut jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat di negara ini.

“Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengambil berat penganjuran konsert Coldplay yang akan diadakan pada 22 November 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Penganjuran program yang melalaikan ini tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini. Lebih-lebih lagi, kumpulan muzik ini dikaitkan dengan kumpulan tidak bermoral yang mempromosikan LGBT.

“Kami menasihatkan penganjur agar tidak meneruskan program ini dan juga menasihatkan masyarakat agar tidak memberi sokongan kepada program ini yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat di negara ini,” ujarnya.

Kenyataan yang dikongsi di lama Facebook rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan itu turut disertakan dengan garis panduan hiburan telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tambah kenyataan itu lagi, umat Islam seharusnya peka dan mematuhi garis pandungan yang telah dikeluarkan oleh agensi bertauliah.

“Bagi masyarakat Islam, perlu difahami hiburan dalam Islam ada batasannya yang perlu dipatuhi dan mana-mana jenis hiburan yang terkeluar daripada batasan ini adalah bertentangan dengan hukum syarak,” tulis kenyataan itu lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyokong tindakan berani Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan mengharapkan pendapat itu tidak tertakluk hanya untuk konsert tertentu sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya