Konflik Palestin-Israel: Wujud ancaman keselamatan terhadap

Konflik Palestin-Israel: Wujud ancaman keselamatan terhadap Malaysia

RAJA NURSHIRWAN Zainal Abidin bercakap kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutupan Seminar dan TTX Eksesais Latih Amal Keselamatan Menyeluruh (Ex Comsec) 2023 di Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Wujud ancaman keselamatan terhadap negara sejak tercetusnya perang Palestin dengan Israel sejak 7 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin berkata, susulan itu pihaknya meningkatkan pemantauan secara menyeluruh merangkumi pelbagai aspek termasuk dalam platform media sosial.

Katanya, antara punca Malaysia menerima ancaman tersebut adalah kerana kelantangan negara menyuarakan sokongan kepada Palestin.

“Kita pantau (ancaman) secara menyeluruh termasuk di media sosial dan sebagainya. Jadi kalau kita lihat (dari) satu aspek memang ada.

“Seperti mana saya sebut (beritahu) pihak berkuasa serta kerajaan dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sendiri amat prihatin dan memberi tumpuan peribadi kepada isu ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutupan Seminar dan TTX Eksesais Latih Amal Keselamatan Menyeluruh (Ex Comsec) 2023 di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak takut dengan ugutan pihak menyokong Israel ekoran kelantangannya memperjuangan rakyat Palestin.

Di hadapan lebih 10,000 orang ramai dalam Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin, Anwar mengakui menerima banyak ugutan dan teguran oleh negara-negara yang cenderung kepada Israel khususnya Amerika Syarikat (AS).

Tambah Raja Nurshirwan, keselamatan negara tidak dipandang ringan dan pelbagai agensi di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang ancaman.

Menurutnya, antara usaha yang dilaksanakan dalam memperkasa keupayaan pasukan-pasukan keselamatan adalah melalui penganjuran Ex Comsec.

“Isu keselamatan tidak boleh ambil mudah sebab kita selalu mengandaikan negara kita akan selamat. Kadang-kadang ancaman itu berterusan dan mungkin akan berlaku.

“Justeru, tahap kesiap-siagaan kita sangat tinggi kerana beberapa insiden di luar negara menunjukkan ancaman sentiasa berlaku. Sebab itu kita ada Comsec untuk memperkemas, menyelaras dan meningkatkan tahap siap siaga agensi-agensi terlibat bagi menangani isu ini,” ujarnya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.