Kes Adam Radlan: Hentikan pendakwaan politik - peguam

Kes Adam Radlan: Hentikan pendakwaan politik – peguam

MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kes mahkamah melibatkan Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad Adam Radlan dilihat lebih kepada pendakwaan bermotifkan politik.

Menurut Peguam Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz, pendakwaan bermotifkan politik begini sudah menjadi normal dalam budaya politik Malaysia.

Dalam konteks ini, beliau menyeru kerajaan menghentikan semua pendakwaan yang disifatkan bermotifkan politik di negara ini sekiranya mahu melahirkan Malaysia baharu yang lebih adil dan saksama.

“Ini kerana rakyat juga sudah muak dan bosan apabila dihidangkan dengan pendakwaan politik yang terpilih terutama jika parti A menang, maka ada sahaja pemimpin parti B yang dipertuduhkan di mahkamah.

“Manakala pemimpin parti A yang sudah pun didakwa akan dilepaskan dan dibebaskan begitu sahaja.

“Jadi perkara sebegini tidak baik untuk persepsi rakyat terhadap sistem kehakiman negara, lebih-lebih lagi apabila pejabat peguam negara dilihat tidak bebas dan tunduk kepada individu tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Adam Radlan menaruh keyakinan bahawa keadilan buat dirinya akan ditegakkan dengan menyifatkan dakwaan kes terhadapnya di mahkamah sebagai satu pendakwaan politik.

Berlandaskan prinsip ‘berani kerana benar’, Adam Radlan komited akan terus berjuang habis-habisan dan percaya kepada sistem badan kehakiman yang bersih dan telus.

Terdahulu, Adam Radlan, 42, berdepan enam lagi pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM3.7 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada 9 November lalu.

Pengarah Syarikat Bayu Bumiraya Sdn. Bhd. itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.

Sebelum ini, ahli politik ini berdepan enam pertuduhan lain iaitu lima kes rasuah berhubung projek Jana Wibawa dan satu AMLA sekali gus menjadikan ahli perniagaan tersebut berdepan 12 pertuduhan meminta, menerima rasuah dan AMLA, yang mana ia akan didengar oleh Hakim, Suzana Hussin. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya