Kerajaan didesak segera pinda perlembagaan pertahan perundangan syariah

Kerajaan didesak segera pinda perlembagaan pertahan perundangan syariah

HAMZAH Zainuddin ketika berucap pada Himpunan Selamatkan Syariah di Dataran Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda agar Perkara 3 yang menyentuh Islam sebagai agama bagi Persekutuan diperkasakan meliputi enakmen syariah negeri.

Desakan tersebut dibangkitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika berucap pada Himpunan Selamatkan Syariah di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

“Ini selaras dengan titah Sultan Selangor sendiri selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) agar kerajaan segera lihat dan pinda semula perlembagaan,” katanya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika mesyuarat MKI kali ke-70 di Shah Alam, Selangor pada akhir Ogos lalu bertitah agar kuasa enakmen dan mahkamah syariah negeri diperkasakan susulan banyak kes perundangan syariah dicabar di Mahkamah Persekutuan dan baginda berpandangan jawatankuasa khas dibentuk menilai Perlembagaan Persekutuan.

Menjelaskan lanjut, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional berkata, jika arahan itu datang sendiri daripada sultan mewakili Raja-Raja, kerajaan perlulah bertindak.

“Justeru, saya mohon pihak kerajaan dapat mempercepatkan pindaan perlembagaan dan menjadikan perundangan syariah digubal setiap negeri tidak boleh dipertikaikan,” katanya.

Beliau merujuk banyak kes jenayah syariah sebelum ini telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan hanya kerana isu had enakmen negeri itu bertentangan Perlembagaan negara.

Situasi itu ujarnya, menyaksikan seolah-olah perundangan Islam sebagai tiada nilai pun di negara ini malahan boleh diatasi pula oleh undang-undang ciptaan akal manusia sendiri.

Apatah lagi tambahnya, keadaan tersebut turut memalukan institusi beraja kerana setiap sultan merupakan ketua agama Islam negeri yang berkuasa meluluskan enakmen syariah.

Selain itu, Hamzah menyeru umat Islam bangkit tegas mempertahankan martabat perundangan syariah daripada diganggu golongan liberal biadab yang berani memusuhi Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya