Gabungan BN-PN tekad rampas Negeri Sembilan

Gabungan BN-PN tekad rampas Negeri Sembilan

HAMZAH Zainudin pada majlis pertemuan dengan calon PN di Ampangan dan Sikamat bersama kepemimpinan BN dan Pas di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kombinasi yang wujud di antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berupaya untuk merampas Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerjasama itu telah wujud diperingkat jentera selepas persefahaman itu di peringkat kepemimpinan dicapai.

“Apabila kita telah mula menunjukkan kita bersedia untuk bekerjasama ini, bukan hanya di peringkat pemimpin tertinggi parti, tapi juga akan turun ke bawah sehingga ke jentera-jenteranya.

“Kita telah gabungkan dua jentera daripada PN dan juga BN. Hari ini kita letakkan calon-calon di hadapan bersama dengan jentera-jentera kita.

“Kombinasi antara kedua-dua pasukan ini, kita rasa mampu untuk mengambil alih Negeri Sembilan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan dengan calon PN di Ampangan dan Sikamat bersama kepemimpinan BN dan Pas di sini hari ini.

Hamzah juga berkata, jika persefahaman di antara BN dan PN berjaya di Negeri Sembilan sudah tentu ia berpotensi diteruskan menuju pilihan raya umum akan datang.

“Kalau ini berjaya, insya-Allah kita akan teruskan kerjasama yang kita lakukan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN