Kanak-kanak perempuan 11 tahun diperkosa tujuh rakan abang

Kanak-kanak perempuan 11 tahun diperkosa tujuh rakan abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Enam beradik antara tujuh yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol bergilir-gilir membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di sebuah rumah di Kampung Pahat Luar di sini, 3 November lalu.

Kesemua suspek berusia 13 hingga 31 tahun dengan empat daripadanya sudah tidak lagi bersekolah itu diberkas pihak polis semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, maklumat kes itu diterima pihak polis susulan laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Gerik pada pukul 9.26 malam, kelmarin.

Katanya, wanita berusia 36 tahun itu memaklumkan yang dia telah diberitahu oleh suaminya bahawa anak perempuan mereka dirogol bergilir-gilir dengan kejadian tersebut disaksikan oleh adik mangsa.

“Siasatan lanjut mendapati, kejadian itu berlaku sekitar pukul 2 petang pada 3 November lalu.

“Saksi mendakwa telah melihat tujuh rakan abangnya merogol mangsa di dalam sebuah bilik di rumah jiran yang terletak bersebelahan rumah mereka,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, daripada tujuh suspek itu, enam daripada meraka merupakan adik beradik manakala seorang lagi merupakan kenalan.

Beliau berkata, saksi juga memberitahu, dia pernah melihat kejadian sama berlaku terhadap kakaknya sebelum ini dan perkara sama telah beberapa kali terjadi.

Jelasnya, mangsa dalam kejadian ini juga dimaklumkan tidak pernah bersekolah.

“Sehubungan itu, tangkapan dilakukan terhadap kesemua suspek oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik semalam pada pukul 1.51 pagi.

“Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya