Jumlah mangsa banjir hari keempat di Terengganu berkurangan  - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir hari keempat di Terengganu berkurangan 

SEORANG kanak-kanak bermain banjir di halaman rumahnya di Kampung Alur, Surau Panjang, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir hari keempat banjir di Terengganu menyaksikan situasi agak baik dengan mangsa berkurangan kepada 3,581 orang daripada 957 keluarga yang ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 8 pagi ini. 

Jumlah itu mencatatkan sedikit penurunan berbanding 4,397 orang daripada 1,162 keluarga pada pukul 4 petang semalam susulan penutupan dua lagi PPS.

Ketika ini, terdapat 29 PPS di lima daerah iaitu 15 di Kuala Nerus, enam di Marang, lima di Kuala Terengganu, dua di Besut dan satu di Dungun.

Menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, daerah Kuala Nerus masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi ketika ini iaitu seramai 1,598 orang daripada 430 keluarga berbanding 1,710 mangsa daripada 454 keluarga petang semalam 

“Di Kuala Terengganu pula, jumlah mangsa juga menurun kepada 956 orang daripada 279 keluarga berbanding 1,158 orang daripada 337 keluarga sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Situasi sama juga berlaku di daerah Marang apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 732 orang daripada 183 keluarga berbanding 845 orang daripada 213 keluarga petang semalam.

“Di Besut juga, berlaku sedikit penurunan mangsa iaitu 272 orang daripada 60 keluarga berbanding 661 orang daripada 153 keluarga  sebelum ini.

“Jumlah mangsa di daerah Dungun kekal tidak berubah dengan hanya satu sahaja PPS beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Kah  yang menempatkan 23 mangsa daripada lima keluarga,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal

https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan tiada sungai utama di Terengganu yang melepasi paras bahaya setakat ini.

Stesen bacaan di parit utama Padang Kemunting daerah Kuala Nerus sudah menunjukkan trend penurunan dengan bacaan melebihi paras amaran iaitu 3.66 meter (paras amaran 3.6 meter).

Selain itu, Sungai Tumpat di stesen bacaan Kampung Baru Kemasik di Kemaman juga merekodkan bacaan melepasi paras amaran iaitu 2.01 meter (paras amaran 1.90 meter) manakala Sungai Chalok di Jambatan Chalok di daerah Setiu pula merekodkan bacaan melebihi paras waspada iaitu 7.12 meter (paras waspada 7.0 meter). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya