JPV ambil sampel 16 bangkai lembu mati disyaki diracun - Utusan Malaysia

JPV ambil sampel 16 bangkai lembu mati disyaki diracun

SEBAHAGIAN daripada bangkai lembu yang mati dipercayai diracun di Kampung Seri Kenangan, Setiu, Ahad lalu. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mengambil sampel 16 bangkai lembu yang mati  dipercayai akibat keracunan di Kampung Seri Kenangan di sini pada Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr. Anun Man berkata, sampel berkenaan dihantar ke makmal untuk siasatan lanjut punca kematian sebenar haiwan tersebut.

“Hasil siasatan awal kita  tidak menolak kemungkinan kematian 16 ekor lembu itu akibat daripada keracunan,namun siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh pihak kami untuk memastikan sama ada berlaku unsur kezaliman (diracun) atau kecuaian serta pengabaian yang menyebabkan ternakan itu teracun.

“Bagaimanapun sampel tersebut juga untuk pengesahan wabak penyakit seperti penyakit Hawar Berdarah atau sebagainya selain unsur keracunan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) memberi racun kepada haiwan dan Seksyen 33(1) dan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) kegagalan menjalankan penjagaan dan pengawasan munasabah terhadap haiwan. 

Pada Ahad lalu,seorang penternak kerugian hampir RM40,000 selepas 16 ekor lembu miliknya mati disyaki diracun. 

Mohamad Saad, 62, dari Kampung Seri Kenangan, Setiu berkata kejadian itu dipercayai berlaku pada pagi serta petang Sabtu apabila bangkai lembu berkenaan ditemui bergelimpangan di kawasan kebun seluas kira-kira 1.62 hektar.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis serta laporan kepada JPV sudah dibuat untuk menyiasat punca sebenar kematian semua haiwan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya