Insken rekod sejuta hasil jualan usahawan Sarawak

Insken rekod sejuta hasil jualan usahawan Sarawak

SERAMAI 80 usahawan diraikan dalam Majlis Graduasi Program Bimbingan Insken Edisi Sarawak 2023 di Kuching, Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Keusahawanan Negara Berhad (Insken) berjaya merekodkan lebih setengah juta lonjakan hasil jualan usahawan melalui program bimbingan diberikan kepada usahawan Sarawak secara one on one (satu dengan satu).

Insken dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak 80 usahawan menerima bimbingan melalui tiga program iaitu Insken Bumiputera Business Coaching (IBBC) Spa, Insken Bumiputera Business Coaching (IBBC) Bakeri dan Program Bimbingan Keuntungan Menu.

Kata kenyataan itu, keseluruhannya RM509,000 peningkatan hasil jualan telah diraih daripada ketiga-tiga program ini manakala 16 pekerjaan baharu dicipta melalui Program IBBC.

“Pecahan peningkatan hasil jualan ini terbahagi kepada dua iaitu RM 398,000 dijana daripada 50 usahawan Program IBBC dan lebih RM111,000 dicatat oleh 30 peserta Program Bimbingan Keuntungan Menu.

“Selain itu, seorang usahawan dari Program IBBC dan dua daripada Program Keuntungan Menu juga telah berjaya meningkatkan status perniagaannya daripada kategori mikro kepada perusahaan kecil,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, seramai 80 usahawan telah diraikan dalam Majlis Graduasi Program Bimbingan Insken Edisi Sarawak 2023 di Kuching baru-baru ini yang dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Dalam majlis sama, Insken turut memberi penghargaan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang sentiasa memberikan sokongan melalui jalinan kerjasama dalam pelaksanaan ketiga-tiga program bimbingan berkenaan.

Mengulas lanjut, Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd. Firdaus Azharuddin berkata, pendekatan bimbingan oleh pakar industri ternyata amat berkesan kerana mereka juga merupakan usahawan berjaya dalam bidang tersebut.

Katanya, sebagai contoh, pakar industri bakeri akan membimbing usahawan dalam industri yang sama yang lebih mahir dan berpengalaman luas dengan selok belok perniagaan itu.

Tambahnya lagi, Insken mewajibkan pakar industri untuk ke premis usahawan di seluruh Malaysia bagi memberikan bimbingan secara bersemuka.

“Bimbingan akan diberikan selama empat bulan bagi peserta Program IBBC dan tiga bulan untuk usahawan yang menyertai Program Keuntungan Menu. Insken juga menjangkakan lebih banyak program akan dilaksanakan di Sarawak selepas Kampus Insken Sarawak telah mula beroperasi pada awal Oktober lalu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya