IDN: Data peribadi rakyat dijamin selamat - Fahmi - Utusan Malaysia

IDN: Data peribadi rakyat dijamin selamat – Fahmi

Israel
FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Data peribadi individu menerusi pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) dijamin selamat dan akan diseragamkan menerusi hanya satu platform.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, kementerian mengambil maklum tindakan pihak tertentu cuba menakutkan rakyat dalam media sosial mengenai pelaksanaan inisiatif itu sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, pelaksanaan IDN bukan satu usaha atau dasar baharu namun diumumkan bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 2021.

“Menerusi dasar itu, data rakyat Malaysia akan selamat daripada dicuri pihak yang berniat jahat kerana ia dapat dikawal dengan amat rapi dan rapat.

“Selain itu, ia akan mengurangkan kos bagi pembangunan aplikasi dan diseragamkan menerusi IDN tersebut kelak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Transformasi Digital dan Inovasi Malaysia-Japan di Management & Science University (MSU), hari ini.

Minggu lalu, kerajaan meluluskan peruntukan awal RM80 juta kepada pembangunan IDN) yang akan dilaksanakan Mimos Berhad (Mimos) iaitu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu dalam usaha menyegerakan platform pengesahan diri berkenaan yang dipercayai mampu mempertingkatkan lagi tahap kecekapan perkhidmatan awam.

Digital ID akan menjadi satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital menerusi teknologi terkini biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah dan iris bagi rakyat menjalankan urusan dalam talian.

Mengulas lanjut, kata Fahmi, IDN merupakan dasar kerajaan dan membentuk keseragaman terutama proses daftar masuk yang merentasi pelbagai kementerian.

“Ini kerana kita melihat setiap kementerian akan mempunyai aplikasi dan pendaftarannya sendiri. Justeru, data maklumat itu dipegang  banyak pihak dan mahu selesaikan isu pendaftaran single sign-in selain isu keselamatan,” jelasnya.

Tambah beliau,  inisiatif yang diusahakan Mimos dengan kerjasama beberapa agensi lain itu sudah digunakan di negara laim seperti Estonia, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Ramai mengatakan kononnya sesetengah negara tidak ingin melakukan (inisiatif itu) namun kita melihat banyak kebaikannya. Saya juga sudah meminta Jabatan Penerangan dan kementerian berkaitan meningkatkan penjelasan kepada rakyat mengenai IDN,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya