Henti pandangan politik cetus Islamofobia - Utusan Malaysia

Henti pandangan politik cetus Islamofobia

Islamofobia
AHMAD Faizal Azumu bersama Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Mohd. Harun dalam perasmian serentak Armada, Srikandi dan Srikandi muda pada PAT Bersatu Kelima 2023, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Parti Bersatu menggesa pemimpin kerajaan perlu menghentikan stigma terhadap kepemimpinan Islam sebagai pengganas atau ekstremis sehingga mencetuskan pandangan Islamofobia dalam kalangan rakyat beragama lain.

Malah, dakwaan mengatakan pentadbiran berasaskan Islam sebagai ‘Taliban’, ‘dark ages’, ‘non-progressive’ dan sebagainya dikatakan amat menyinggung perasaan dan menyentuh sensitiviti.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, segelintir pemimpin daripada parti kerajaan didakwa mengambil sikap sedemikian semata-mata untuk menggagalkan kerjasama antara partinya dengan Pas sehingga mencetuskan pandangan negatif terhadap pemimpin Islam.

“Musuh-musuh politik Perikatan Nasional (PN) sebolehnya mahu menggagalkan kerjasama itu. Dalam masa sama, cuba untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu dengan mencipta ungkapan ‘pemerintahan Taliban’.

“Sejurus PN memenangi 74 kerusi semasa PRU yang lepas, segera pihak-pihak ini mencipta ungkapan baru, ‘the green wave’ (gelombang hijau). Sekali lagi dengan harapan untuk menakutkan pengundi bukan Melayu dan mungkin sebilangan pengundi Melayu bandar daripada mendekati PN,” katanya ketika berucap dalam perasmian serentak Armada, Srikandi dan Srikandi Muda pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Kelima 2023, hari ini.

Beliau menambah, dakwaan sedemikian sengaja dibuat apabila mengatakan Bersatu semakin diterima oleh orang Melayu berbanding UMNO dan apabila bergabung dengan Pas dalam PN, ia terus menjadi wadah perjuangan utama bagi masyarakat itu di negara ini. 

Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan bagaimanapun menegaskan Islam sebagai agama yang bencikan kepada keganasan dan menjelaskan setiap umatnya mempunyai tanggungjawab berkhidmat kepada semua tanpa mengira kaum dan agama.

Stigmatisation ‘Taliban’ dan green wave, amat membahayakan kerana akan membenihkan racism dan merendahkan sesuatu kaum. Dalam jangka masa panjang tentu akan lebih berbahaya.

“Kerajaan PN (sebelum ini) bukanlah kerajaan ekstremis atau rasis seperti yang cuba dilabelkan. Sebaliknya merupakan sebuah kerajaan yang berasaskan kepentingan rakyat atau people centric tanpa mengira kaum atau agama,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya