Enam pensyarah Unimap antara saintis terbaik dunia - Utusan Malaysia

Enam pensyarah Unimap antara saintis terbaik dunia

RAJA Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Tuanku Pro Canselor berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian skrol kepada seramai 426 graduan daripada siswazah Fakulti Perniagaan Dan Komunikasi (FPK) pada Istiadat Konvokesyen Unimap di Dewan Ilmu Kampus Alam Pauh Putra, Arau, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Enam pensyarah Universiti Malaysia Perlis (Unimap) telah disenaraikan antara dua peratus saintis terbaik dunia oleh Universiti Stanford dari Amerika Syarikat (AS).

Pensyarah tersebut antaranya, Prof. Dr. Subash Chandra Bose Gopinath, Prof. Teknologis Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Prof. Teknologis Dr. Uda Hashim, Prof. Madya Ir. Teknologis Dr Azwan Iskandar Azmi, Prof. Madya Dr. Liew Yun Ming dan Prof, Madya Dr. Voon Chun Hong.

‘World’s Top 2% Scientists’ merupakan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya menghasilkan banyak sitasi dalam pelbagai disiplin selain pengiktirafan di bawah senarai ‘Career-long & Single Year Citation Impact’.

Pengiktirafan ini sekali gus membuktikan kecemerlangan Unimap dalam penyelidikan saintifik yang bukan sahaja telah mengharumkan nama universiti bahkan kepada negara.

Pencapaian para pensyarah ini menandakan bahawa tenaga pengajar dan taraf akademik Unimap berada di tahap tertinggi setanding dengan universiti-universiti yang terbaik di dunia.

Demikian titah perutusan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang dipaparkan pada skrin sempena Sidang Ke-6 Istiadat Konvokesyen Unimap di Dewan Ilmu, Kampus Alam Pauh Putra, semalam.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku, Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merupakan Tuanku Pro Canselor Unimap..

Keberangkatan tiba Tuanku Lailatul Shahreen Akashah disambut oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Muhamed Ali Hajah Mydin, Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli serta pengurusan tertinggi universiti.

Seramai 426 graduan menerims ijazah masing-masing daripada Tuanku Raja Puan Muda pada sidang kali ini ini terdiri daripada siswazah Fakulti Perniagaan Dan Komunikasi (FPK).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya