Empat sekawan disyaki bunuh seorang lelaki disambung reman  - Utusan Malaysia

Empat sekawan disyaki bunuh seorang lelaki disambung reman 

EMPAT sekawan yang disyaki membunuh seorang lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret di sini melanjutkan tempoh reman seminggu bermula esok terhadap empat sekawan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki, 19 November lalu.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood mengeluarkan perintah reman sehingga 4 Disember bagi membolehkan pihak polis meneruskan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Empat lelaki yang berusia 35 sehingga 50 tahun itu dipercayai menyebabkan kematian ke atas mangsa, 45, di sebuah rumah di Kampung Gelugor Kedai dekat sini, 19 November lalu.

Difahamkan, kejadian bermula dengan pertengkaran antara suspek dan mangsa sebelum berlaku pergaduhan dengan mangsa dipercayai dipukul dengan senjata tumpul.

Kejadian itu disedari rakan mangsa keesokan hari apabila mangsa dijumpai di bahagian dapur dengan kesan luka dan lebam seluruh badan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Pihak polis kemudian berjaya menahan tiga orang suspek di rumah sekitar daerah ini pada 20 November manakala suspek utama dicekup di daerah Marang ketika cuba melarikan diri.

Terdahulu keempat-empat mereka yang bekerja sebagai buruh direman selama tujuh hari bermula 21 November sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya