Abdul Azeez bebas, bakal hadir Perhimpunan Agung UMNO - Utusan Malaysia

Abdul Azeez bebas, bakal hadir Perhimpunan Agung UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, yang direman dua hari bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan pemberian hibah TH, sudah dibebaskan kira-kira jam 3 petang tadi.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut disahkan bakal menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Perkara itu disahkan peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad seperti dilaporkan BH sebentar tadi.

“Saya baru dimaklumkan, dia dah dilepaskan pukul 3 lebih tadi.

“Keadaan beliau (kesihatan) baik dan sangat teruja untuk menghadiri PAU malam ini,” katanya.

Semalam, Abdul Azeez antara tiga individu diheret ke mahkamah untuk berdepan tindakan undang-undang dan direman bagi membantu siasatan kes berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Terdahulu, Mahkamah Majistret menolak permohonan polis untuk melanjutkan tempoh reman ke atas bekas Ahli Parlimen Baling itu selama tiga hari.

Pada masa sama, Abdul Azeez turut berhadapan dengan pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)2009 di Mahkamah Sesyen, di sini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×