Empat buruh tertimbus, tiga lagi selamat bangunan runtuh - Utusan Malaysia

Empat buruh tertimbus, tiga lagi selamat bangunan runtuh

KEADAAN bangunan yang runtuh menimbus empat buruh di Pulau Perhentian, Besut, pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 BESUT: Empat buruh tertimbus manakala tiga lagi rakan mereka berjaya diselamatkan dalam kejadian bangunan restoran runtuh di Pulau Perhentian, dekat sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 7.34 pagi tadi.

“Bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa pihak bomba telah memohon bantuan Unit Anjing Pengesan K9,Unit Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia (STORM) dan Unit Udara,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Pulau Perhentian, Mohd. Syahman Said pula berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu oleh orang awam kira-kira pukul 6.30 pagi dan mengambil tindakan awal menyelamatkan mangsa terlibat sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.

“Bagaimanapun dikatakan masih ada mangsa yang tertimbus, kami telah memaklumkan kejadian itu kepada pihak pasukan penyelamat.

“Sekarang ini kami hanya memantau keadaan kerana risau risiko runtuhan kembali berlaku dan menunggu bantuan tiba,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya