DUN Sarawak: Soon Koh bukan lagi presiden PSB, kedudukan

DUN Sarawak: Soon Koh bukan lagi presiden PSB, kedudukan dalam dewan kekal

MOHD ASFIA (kiri) bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako Petra Jaya, Kuching semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kedudukan susun atur kerusi Parti Sarawak Bersatu (PSB) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tetap kekal pada waktu ini, kata Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar. 

Jelasnya, tiada pemakluman dan perbincangan dari pihak kerajaan untuk mengatur kerusi ahli pembangkang PSB yang dijadualkan bersidang pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua (DUN) Sarawak bermula Isnin ini hingga 29 November.

“Malah, Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh bukan lagi ketua pembangkang kerana tidak memainkan peranan sebagai pembangkang dan dibuktikan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak. 

“Kedudukan PSB dan penyokongnya beralih pendirian semasa PRK Jepak berlangsung dan mereka secara terbuka memberikan sokongan kepada calon GPS termasuk semasa berkempen. Oleh itu, mereka tidak melihat diri mereka memainkan peranan sebagai pembangkang lagi. 

“Bagaimanapun, saya tidak menerima sebarang isyarat daripada kepemimpinan GPS untuk mewajarkan dalam mengalihkan susunan tempat duduk PSB,” ujar Mohd Asfia ketika ditanya media berhubung kedudukan parti PSB dalam persidangan DUN akan datang. 

Mohd Asfia berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Pra Majlis sempena Persidangan DUN Sarawak di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), semalam. 

Ogos baru-baru ini, Parti Progresif Demokratik (PDP) dan PSB dijangka mewujudkan gabungan kedua parti Disember ini, kata Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing.

Jelas beliau, kedua-dua parti itu perlu mencari jalan yang ideal terlebih dahulu bagi mewujudkan kerjasama untuk bergabung.

Bagaimanapun, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekali lagi menegaskan gabungan jalinan kerjasama antara komponen parti GPS iaitu -PDP dan parti pembangkang Sarawak -PSB tidak ada kaitan dengan GPS.

Malah, Abang Johari berkata, belum ada struktur kepada jalinan kerjasama kedua-dua parti berkenaan.

Julai lalu, PSB yang merupakan parti pembangkang Sarawak mengumumkan sokongan terhadap pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak.

Sokongan tersebut membawa PSB dan PDP menandatangani satu perjanjian persefahaman di Kuala Lumpur bagi membentuk kerjasama dan pada masa yang sama bertujuan untuk menggabungkan kedua-dua parti tersebut.

Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, pilihan mereka untuk menyokong kepemimpinan semasa Kerajaan Persekutuan dan Sarawak adalah bagi memastikan kestabilan dan perpaduan negara. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya