DEWAN RAKYAT: Lebih 7,000 terkesan banjir sejak mula Monsun

DEWAN RAKYAT: Lebih 7,000 terkesan banjir sejak mula Monsun Timur Laut

ARMIZAN MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 7,684 mangsa yang terkesan banjir sejak Monsun Timur Laut melanda negara pada 11 November lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, jumlah itu melibatkan 1,976 keluarga yang ditempatkan di 49 pusat pemindahan sementara dan 12 daerah merentasi negeri Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Selangor.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat melakukan pelbagai persiapan untuk menghadapi bencana.

“JKM menyediakan 8,481 pusat pemindahan sementara yang mempunyai kapasiti untuk menempatkan 1.620 juta di seluruh negara.

“JKM juga melantik 868 pembekal barangan keperluan asas dan 1,224 pembekal makanan di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi bencana, ” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, sejak masuk musim monsun timur laut telah melaksanakan penggunaan tandas bergerak untuk kegunaan pusat pemindahan sementara dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga menyalurkan sejumlah RM10 juta untuk pembaikan-pembaikan seperti tandas bagi meningkatkan prasarana di pusat pemindahan sementara untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Setakat pagi 30 November 2023, sebanyak 123 keluarga melibatkan seramai 426 mangsa masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara di empat daerah meliputi negeri Kelantan (317), Terengganu (22) dan Pahang (87). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya