KPT mahu konsert di IPTA, IPTS patuhi garis panduan

DEWAN RAKYAT: KPT mahu konsert di IPTA, IPTS patuhi garis panduan

MOHAMMAD YUSOF APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penganjuran konsert di kampus sama ada artis dalam negeri atau luar negara perlu selari dengan perundangan negara serta garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Dalam hal ini, Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, pihaknya memantau isu ini dengan lebih ketat supaya mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun swasta tidak boleh meluluskan sebarang penganjuran konsert tanpa merujuk garis panduan yang dikeluarkan.

“Sudah tentu dalam apa juga garis panduan yang kita lahirkan di IPTA dan IPTS, KPT pantau kesesuaian perundangan negara yang ada.

“Kita tidak mahu IPTA meluluskan sesuatu permohonan itu berdasarkan suka-suka dia sahaja, kita ada perundangan negara yang perlu diselarikan dengan garis panduan yang kita keluarkan kepada IPTA, IPTS,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Mohd Misbahul Munir Masduki [PN-Parit Buntar] meminta kementerian menjelaskan tindakan kerajaan supaya IPTA dan IPTS meluluskan permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan sekali gus tidak bertentangan dengan budaya ketimuran.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN