DEWAN RAKYAT: Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis masih

DEWAN RAKYAT: Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis masih corot, bergantung kepada Persekutuan -Rafizi

RAFIZI Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbadanan kemajuan ekonomi negeri di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis masih bergantung kepada peruntukan Persekutuan berbanding negeri-negeri lain.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kemajuan sesuatu negeri tidak melibatkan soal mandat atau sokongan daripada Kerajaan Persekutuan, tetapi ia lebih kepada soal kemampuan, kecekapan dan pengurusan negeri.

“Contohnya, perbadanan kemajuan negeri Selangor iaitu PKNS mempunyai syarikat-syarikat besar yang disenaraikan, begitu juga Johor iaitu JCorp dan mereka terbuka luas menjalankan apa-apa aktiviti yang boleh menambah nilai.

“Kalau tengok perbadanan kemajuan di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis, mereka masih lagi bergantung kepada peruntukan persekutuan untuk melaksanakan projek dalam negeri mereka.

“Ini satu perkara yang saya tengah tengok, kerana ia tidak berlaku adil kepada perbadanan negeri lain yang telah lama tidak diberikan peruntukan persekutuan,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Syahir Che Sulaiman [Pas-Bachok] mengenai pandangan kerajaan dalam membantu perbadanan kemajuan ekonomi negeri termasuk negeri-negeri pembangkang.

Rafizi turut menjelaskan, ia juga menunjukkan bahawa perbadanan kemajuan negeri diuruskan pada tahap berbeza di setiap negeri.

“Ada yang sampai ke peringkat tinggi dan boleh menjadi konglomerat besar tanpa satu sen pun bantuan peruntukan pembangunan kerajaan persekutuan tetapi ada juga yang daripada negeri pembangkang masih lagi memerlukan puluh-puluh juta setiap tahun daripada Kerajaan Persekutuan.

“Sebelum fikir tentang macam mana nak melabur ke negeri-negeri lain, bangunkan kekuatan kewangan perbadanan kemajuan ekonomi negeri masing-masing supaya tidak bergantung kepada suntikan wang persekutuan seperti negeri-negeri lain,” katanya.

Beliau akui, ada hasil yang diambil dari negeri-negeri tapi sebahagian besar sumbangan kepada hasil kerajaan datang dari negeri-negeri yang mempunyai pertumbuhan ekonomi dan saiz Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang jauh lebih besar.

“Oleh sebab itu, negeri-negeri bawah pembangkang mereka semua corot-corot ke bawah. Dahlah sumbangan hasil dan saiz KDNK tidak besar, kerajaan perlu mengambil hasil yang disumbangkan oleh negeri-negeri lain untuk melaksanakan projek di negeri-negeri ini kerana dia jadi negeri yang belakang,” katanya.

Tambahnya, 50 peratus daripada perbelanjaan pembangunan persekutuan disalurkan kepada Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah di samping Sabah dan Sarawak.

“Tambahan (peruntukan) itu diberikan lagi melalui projek-projek yang dijalankan perbadanan kemajuan ekonomi negeri yang sepatutnya boleh berdaya saing sendiri seperti negeri lain,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya