Dewan Rakyat: Hubungan dua hala Malaysia-Australia dipertingkat 

Dewan Rakyat: Hubungan dua hala Malaysia-Australia dipertingkat 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia komited mempertingkat  persahabatan dan perhubungan dua hala bersama Australia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua negara mempunyai hubungan yang erat, malah beliau dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese juga telah bertemu beberapa kali.

“Ini termasuk pertemuan di Jakarta, Indonesia dan kali terakhir ketika Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 di San Fransisco, Amerika Syarikat.

“Saya mengalu-alukan delegasi Australia (ke Parlimen Malaysia) dan saya memberi jaminan bahawa Malaysia kekal komited sebagai rakan dan untuk mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Australia,” katanya sebelum menjawab pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat di sini hari ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN