CIDB siasat kes runtuhan struktur konkrit di Batu Maung - Utusan Malaysia

CIDB siasat kes runtuhan struktur konkrit di Batu Maung

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BAYAN LEPAS: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal berkaitan kes keruntuhan struktur konkrit sebuah gudang yang masih dalam pembinaan di Batu Maung, kelmarin.

CIDB berkata, siasatan tersebut dibuat berkenaan aspek keselamatan pembinaan mengikut Seksyen 34B Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Jelasnya, ia antara lain menekankan berkaitan kewajipan kontraktor dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas kerja pembinaan dijalankan.

”Menurut Akta 520, mana-mana kontraktor yang melanggar kewajipannya dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan, dan pelanggaran kewajipan itu menyebabkan kematian, dia adalah dianggap melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian runtuhan kira-kira pukul 9.58 malam itu, lima buruh binaan warga Bangladesh ditimpa 14 rasuk dengan ketinggian 20 meter.

Tiga disahkan maut iaitu masing-masing dua di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurut CIDB, di dalam siasatan insiden berkenaan, CIDB akan bekerjasama dengan agensi lain yang berkaitan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

”Ia akan mengambil kira sebarang ketidakpatuhan yang turut melibatkan akta, undang-undang dan peraturan yang berada di bawah kawalan mereka,” katanya.

Tambahnya, maklumat awal daripada pegawai penguatkuasa CIDB Pulau Pinang yang berada di tapak kejadian mendapati 14 batang tiang rasuk (beam) telah runtuh menyebabkan lantai konkrit jatuh menghempap pekerja yang sedang berada di tingkat bawah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya