Israel serang masjid di Gaza - Utusan Malaysia

Israel serang masjid di Gaza

ISRAEL menyerang Masjid Al-Muttaqin, Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQADDIS: Tentera Israel pada Rabu berkata pihaknya telah menyerang sebuah masjid di Semenanjung Gaza yang didakwa digunakan oleh Hamas sebagai kemudahan penyimpanan senjata.

Gambar AFP dari Bandar Gaza pada Selasa menunjukkan api dan kepulan asap besar menjulang di atas khemah-khemah yang menempatkan penduduk Gaza yang dipindahkan ketika serangan ke atas Masjid Al-Muttaqin berlaku.

Penduduk Palestin dilihat menyelongkar timbunan besar runtuhan dan serpihan selepas serangan itu.

“Sepanjang minggu lalu, (tentera Israel) telah menyerang dan memusnahkan beberapa kemudahan penyimpanan senjata Hamas di bahagian tengah dan utara Semenanjung Gaza,” kata tentera Israel.

“Salah satu kemudahan penyimpanan itu telah dibina di dalam sebuah masjid di utara Semenanjung Gaza,” tambahnya, dan menyatakan bahawa amaran awal telah diberikan kepada orang awam.

Gencatan senjata rapuh masih berlangsung antara Israel dan kumpulan pejuang Palestin Hamas.

Namun, ia gagal menghentikan keganasan di Semenanjung Gaza, di mana 1,207 orang telah terbunuh sejak gencatan senjata bermula pada Oktober 2025.

Serangan tembakan Israel masih kerap menyasarkan rakyat Palestin yang menurut tentera Israel adalah anggota pejaung, manakala usaha untuk mencapai perjanjian berkekalan bagi menamatkan perang itu masih menemui jalan buntu.

Rakaman AFP menunjukkan puluhan rakyat Palestin dipindahkan dari kawasan tersebut sebelum masjid berkenaan diserang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN