Bina stadium RM787 juta bukan RM3.28 bilion – MB - Utusan Malaysia

Bina stadium RM787 juta bukan RM3.28 bilion – MB

ORANG ramai melihat replika Stadium Shah Alam yang baharu di SACC Mall. – UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kos pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) berjumlah RM3.28 bilion didakwa masih belum diluluskan oleh kerajaan negeri sepenuhnya kerana yang dipersetujui sehingga kini adalah naik taraf melibatkan kos sehingga RM800 juta.

Sebaliknya, kos RM3.28 bi­lion yang dibangkitkan oleh pembangkang dalam perbahasan Belanjawan Selangor 2024 melibatkan keseluruhan pembangunan terma­suk kemudahan seperti taman awam dan pusat komersial.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri bertegas untuk bertahan dengan kos RM787 juta bagi menaik taraf Stadium Shah Alam yang merangkumi peralihan dan menaikkan tapak, projek tebatan banjir dan integrasi stesen Aliran Transit Ringan (LRT).

“Kalau lihat stadium Shah Alam sahaja RM787 juta, kita tak tengok Stadium Malawati.Tetapi, stadium yang akan dibina adalah bercantum ataupun bergabung dan ia akan boleh digunakan pada waktu malam dan siang, indoor. Maknanya ini gabungan daripada Stadium Malawati dan Shah Alam.

“Selepas itu, fasa kedua akan bermula untuk menyiapkan stadium dan jalan masuk serta kawasan-kawasan sekitar termasuk projek tebatan banjir kerana di dalam projek ini kita menyiapkan 10 ekar untuk projek tebatan dan kolam tebatan banjir yang termasuk dalam perancangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) atau perancangan tebatan banjir Sungai Damansara yang diputuskan Kerajaan Persekutuan,” kata­nya dalam penggulungan Belanjawan Selangor 2024 dalam sidang Dewan Undangan Ne­geri (DUN) semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN