Biarlah berotak, berakal - Utusan Malaysia

Biarlah berotak, berakal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebenarnya Poklip tak faham dengan pemikiran segelintir selebriti yang kadang-kadang tak masuk akal. Tetapi tidak menghairankan pun. Sekarang kan musim menuai kecaman. Lebih dahsyat kecaman, lebih popular.

Sehingga ada yang cakap, itu adalah modus operandi segelintir selebriti sendu yang terdesak mahukan perhatian. Sampai sanggup melakukan sesuatu di luar norma, hadap perhatian singkat.

Baru-baru ini ada seorang pelakon yang sengaja bergaya seperti seorang wanita untuk menyambut Halloween. Maka berduyunlah kecaman dan nasihat yang dilayangkan kepada selebriti tersebut.

Nak kata sendu, orang kenal. Tetapi produk seni macam tenggelam timbul. Poklip pun tak berapa kenal, maka tak boleh nak nilaikan peribadi dia. Cuma yang Poklip dengar-dengar, dia orang senang.

Tetapi yang tak bestnya kan, di kala kita sedang mempamerkan solidairiti terhadap rakyat Gaza, Palestin yang sedang tertindas, mengapa ada keberanian daripada pelakon tersebut untuk menyambut Halloween?

Bukan nak kata kita patut 24 jam menangis mengenangkan nasib mereka, tetapi janganlah di kala saudara Islam kita sedang berjuang, ada pula akal untuk fikir nak pakai macam mana untuk menyambut perayaan yang sudah terang, haram.

Poklip berharap itu adalah video lama, yang dimuat naik kembali mungkin untuk memancing perhatian. Tak tercapai dek akal kalau dia sengaja buat begitu. Harapnya, dia tidak sengaja dan segera menginsafi perbuatan.

Kita ini bukanlah baik sangat, jauh dari kesempurnaan. Tetapi jika boleh, usahlah aib dan jahil kita ditayangkan tanpa rasa bersalah. Ini Poklip cakap secara umum tau. Yelah, sekarang hal rumah tangga pun sibuk canang.

Bila bermasalah, mulalah tuduh ada orang dengki, penyakit ain bagai. Walhal mungkin sahaja perangai hadap perhatian itu melimpah-limpah dalam diri. Tak faham, nak apa sebenarnya?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN