Anwar bertemu pakar teknologi Islam di Amerika Syarikat

Anwar bertemu pakar teknologi Islam di Amerika Syarikat

ANWAR Ibrahim bertemu dengan ahli-ahli perniagaan dan pakar teknologi dalam kalangan Islam yang berpusat di San Francisco, Amerika Syarikat hari ini. -GAMBAR FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan ahli perniagaan dan pakar teknologi dalam kalangan Islam yang berpusat di San Francisco, Amerika Syarikat. 

Perdana Menteri berkata, beliau bertemu Pengarah Pemasaran Komersial SpaceX, Omar Kunbargi; Ketua Pegawai Eksekutif Rembrand, Omar Tawakol; Ketua Pegawai Eksekutif Ornovi, Fauad Hasan; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Z2Data, Mohammad Ahmad; Presiden Whizz System, Muhammad Irfan dan Ketua Perhubungan Z2Data, Osama Ahmad.

Katanya, beliau dengan pakar-pakar terlibat berbincang mengenai keperluan untuk memberi lebih perhatian berkaitan bidang kecerdasan buatan (AI), pendidikan dan aeroangkasa. 

“Mereka juga menyatakan minat untuk melabur di Malaysia selepas mendapat penjelasan yang jelas mengenai hala tuju negara.

“Kami turut membincangkan soal pembangunan umat Islam di Amerika Syarikat serta situasi yang berlaku saat ini yang menimpa warga Palestin. 

“Mereka turut menyatakan dukungan dan penghargaan atas pendirian keras dan istiqomah Malaysia mengenai penderitaan warga Palestin,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya