Anwar beri sumbangan kepada Ibnor Riza, Fauziah Samad

Anwar beri sumbangan kepada Ibnor Riza, Fauziah Samad

AHMAD Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan peribadi ANWAR Ibrahim kepada Ibnor Riza
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sumbangan kepada penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza, 62, dan pelakon, Fauziah Samad bagi membantu urusan perubatan masing-masing. 

Menurut Perdana Menteri, sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi selepas menziarahi mereka hari ini. 

AHMAD Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan peribadi Anwar Ibrahim kepada Fauziah Samad

“Mendapat khabar dukacita bahawa seniman dan seniwati tanah air, saudara Ibnor Riza dan saudari Fauziah Samad dilanda musibah kesihatan.

“Saudara Ibnor diuji dengan penyakit kanser limfoma manakala saudari Fauziah menghidap penyakit osteoartritis sehingga terpaksa berkerusi roda,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, lewat petang ini. 

Dalam pada itu, Anwar turut mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN