Ahmad Samsuri calon Pas PRK Parlimen Kemaman - Utusan Malaysia

Ahmad Samsuri calon Pas PRK Parlimen Kemaman

AHMAD Samsuri Mokhtar diumumkan sebagai calon Pas dalam PRK Parlimen Kemaman di Chukai, Kemaman, sebentar tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pas mempertaruhkan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu pada 2 Disember ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Majlis Pengisytiharan Calon Pas PRK Parlimen Kemaman, di Arena Square Kemaman, di sini, malam ini.

Tuan Ibrahim berkata, pemilihan tersebut dibuat selepas sebulat suara pucuk pimpinan parti selepas mengambil kira beberapa kali selidik dan kajian lapangan yang dilakukan.

“Parti menerima lima nama dan calon yang dipilih ini merupakan tokoh yang telah berjaya mengangkat nama baik parti dan pentadbiran kerajaan serta berusaha mengangkat prestasi dan pencapaian pada tahap yang lebih tinggi.

“Calon ini juga turut menyambut hari lahirnya hari ini dan beliau dilahirkan pada 16 November 1970,” katanya.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu bakal menentang Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN), baru-baru ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Alias Che Hamid daripada Pas menang dengan majoriti 27,179 undi dengan meraih 65,714 undi dalam pertarungan empat penjuru.

Alias berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Said yang meraih 38,535 undi dan dua calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin yang mendapat 8,340 undi manakala calon Pejuang, Rosli Ab Ghani hanya memperoleh 506 undian.

PRK Kemaman diadakan susulan Mahkamah Pilihanraya Terengganu membatalkan kemenangan Alias pada 26 September lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya