Ahli Dewan Rakyat terikat sumpah Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan

Ahli Dewan Rakyat terikat sumpah Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan

WAN AHMAD FAUZI WAN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kedudukan kerusi seorang ahli Parlimen pembangkang tidak terjejas sekalipun mereka menyatakan sokongan terbuka kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pakar Perlembagaan, Datuk Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, ini kerana tindakan itu tidak tertakluk di bawah undang-undang lompat parti kerana mereka tidak meninggalkan parti masing-masing.

Pensyarah Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, sebagai ahli Dewan Rakyat, wakil rakyat yang dipilih menduduki Dewan Rakyat perlu mematuhi sumpah mereka mengikut Jadual Keenam di bawah Artikel 59 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Jika seorang ahli Parlimen setakat menyatakan sokongan kepada kerajaan, ia tidak memberi kesan apa-apa. Ia hanya terjejas jika mereka meninggalkan parti.

“Sekalipun mereka dipecat dari parti masing-masing juga tidak terlucut sebagai ahli Parlimen. Sebagai wakil rakyat, mereka kena jaga kebajikan rakyat, itu termasuklah menyokong dasar kerajaan yang selari dengan Perlembagaan dan undang-undang negara, parti hanyalah satu platform untuk menjadi calon ahli perundangan dan menawarkan agenda tertentu,” katanya di sini semalam.

Perkembangan politik tanah air menyaksikan empat ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri.

Ia selepas Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman serta terbaharu Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik turut berbuat demikian.

Selain empat nama berkenaan, bebe­rapa nama lain didakwa hanya me­nunggu masa sesuai untuk menyokong Keraja­an Perpaduan sekali gus memberi tampa­ran kepada parti tersebut dan ada yang menyifatkannya sebagai karma ekoran tindakan mereka menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan melalui Langkah Sheraton pada Februari 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya