Agus adakan sidang akhbar malam ini

Agus adakan sidang akhbar malam ini

Mohammad Agus Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dijangka mengadakan sidang media di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi, pukul 8 malam ini. 

Surat jemputan sidang akhbar itu dihantar wakil Mohammad Agus, Tetuan Faizal Rahman & Co kepada pengamal media, sebentar tadi. 

Bagaimanapun, surat jemputan itu tidak memperincikan perkara yang mahu dibangkitkan dalam sidang akhbar berkenaan. 

Namun, ia dipercayai berkaitan dengan satu rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip Mohammad Agus yang tular dalam media sosial. 

Menerusi rakaman video berdurasi tiga minit tiga saat itu, boleh didengar secara jelas perbualan sesama lelaki itu melalui panggilan video seperti pasangan kekasih yang sedang ‘memancing’ untuk melakukan hubungan intim.

Mohammad Agus sebelum ini mengesahkan menghantar surat peletakan jawatan sebagai ketua pengarah J-KOM. 

Menurut beliau, keputusan itu dibuat kerana menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak supaya melepaskan jawatan di J-KOM yang disandang sejak 2 Februari lepas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN