Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Deepavali

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada semua penganut Hindu di seluruh negara.

Ucapan baginda berdua dikongsi menerusi poster di akaun Instagram Istana Negara.

“Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya keamanan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keafiatan kepada semua penganut agama Hindu,” menurut catatan di poster itu.

Penganut Hindu di Malaysia menyambut Deepavali atau pesta cahaya hari ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN