Abdul Wahab akan buat laporan polis hari ini

Abdul Wahab akan buat laporan polis hari ini

ABDUL WAHAB ABDUL KADIR JILANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penolong pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Abdul Wahab Abdul Kadir akan membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah(IPD) Kajang hari ini. 

Perkara itu disahkan peguamnya, Faizal Rahman ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. 

“Abdul Wahab akan buat laporan polis pukul 11 pagi ini di IPD Kajang hari ini,” katanya. 

Semalam, Abdul Wahab tampil memberi keterangan di Bukit Aman bagi mengesahkan identiti Mr H didakwa menjadi dalang penyebaran video perbualan lucah antaranya dan bekas Ketua Pengarah J-kom Datuk Muhammad Agus Yusoff. 

Sebelum ini, Faizal Rahman mendakwa Abdul Wahab lambat tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kerana mengalami tekanan melampau. 

“Sepatutnya keterangan Abdul Wahab diambil semalam namun keqdaan mengalami kemurungan melampau dan sedang mendapatkan rawatan,” katanya. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata setakat ini, pihaknya berusaha menjejaki Abdul Wahab ekoran selepas usaha menghubungi gagal apabila telefon bimbit dimatikan. 

Pada 17 November lalu, Abdul Wahab dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Bangi mendedahkan tindakannya merakam perbualan berunsur lucah bersama Mohammad Agus didalangi seorang individu dikenali sebagai Mr H.

Susulan kenyataannya itu, polis memanggil individu dipercayai Mr H yang dimaksudkan bagi dirakam keterangan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya