7 lagi ahli Parlimen pembangkang didakwa bakal sokong kerajaan

7 lagi ahli Parlimen pembangkang didakwa bakal sokong kerajaan

TANGKAP layar video TikTok Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas lima ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seramai tujuh lagi Ahli Parlimen daripada pembangkang didakwa akan turut berbuat demikian tidak lama lagi.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz, ia menambah kekuatan Kerajaan Perpaduan ketika ini yang memiliki majoriti 147 sokongan ahli Parlimen.

Dalam hal itu, beliau mengingatkan UMNO-Barisan Nasional (BN) tidak terlalu selesa dan hanya menjadi boneka yang didakwa hanya mengikut telunjuk DAP dalam Kerajaan Perpaduan kerana tanpa gabungan parti itu, kerajaan Anwar masih kuat.

“30 Ahli Parlimen (BN) ini, anda semua rasa ‘power’ ke dalam kerajaan sekarang? Cuba fikir 147 (sokongan Ahli Parlimen) tolak 30 (BN), jadi 117.

“Tetapi 117 masih lagi kerajaan, tambah lagi 12 (daripada PN) yang menyokong, akan jadi 129 sokongan. Rasanya Anwar hendak anda semua lagi ke (dalam kerajaan)?

“Masa itu Anwar pun tak nak anda semua lagi,” dakwanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok beliau.

Beliau yang juga Ketua Cawangan UMNO Kampung Melayu Batu Caves Selatan itu berkata, masih belum terlambat jika BN dan UMNO mahu ‘kembali’ menjadi pembangkang bersama PN berbanding menjadi boneka di dalam Kerajaan Perpaduan.

Katanya, jika BN memilih untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan, gabungan itu didakwa perlu mengikut telunjuk daripada DAP.

Bagi kepimpinan di Sarawak pula, katanya, Kerajaan Negeri tersebut berfikiran matang, selain mendakwa tidak akan berkongsi kerusi dengan DAP pada masa akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya