5 cedera Myvi hilang kawalan di lampu isyarat - Utusan Malaysia

5 cedera Myvi hilang kawalan di lampu isyarat

KEADAAN kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang hilang kawalan di lampu isyarat Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seramai lima individu cedera selepas sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan di lampu isyarat Jalan Bukit Gambir, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu melibatkan empat buah kereta serta tiga buah motosikal.

Mereka yang cedera terdiri daripada empat penunggang dan pembonceng motosikal serta seorang pemandu kereta Perodua Myvi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V. Saravanan berkata, kejadian berlaku berdekatan pintu keluar Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Katanya, kejadian berlaku dari arah Jalan Bukit Gambir ke Jalan Tun Dr. Awang dan dikatakan ia berpunca daripada kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 60 tahun.

“Kereta tersebut dipercayai telah hilang kawalan lalu melanggar kenderaan yang berada di hadapannya.

”Ketika itu, kesemua kenderaan tersebut sedang menunggu lampu isyarat merah. Akibat daripada kejadian ini, pemandu kereta tersebut cedera di dada manakala empat yang lain iaitu penunggang dan pembonceng motosikal turut mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, tiga lagi pengguna jalam raya iaitu seorang pemandu wanita serta dua pemandu lelaki kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Berdasarkan siasatan awal, pemandu wanita Perodua Myvi terlebih dahulu bergesel dengan sebuah motosikal sebelum panik dan menekan minyak hingga hilang kawalan dan melanggar kenderaan di situ.

“Tiga daripada empat lelaki yang cedera dalam kemalangan itu adalah pelajar USM manakala seorang lagi adalah petugas di situ,” katanya.

Saravanan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya