46 gabungan NGO Perlis nyata solidariti ke atas Palestin - Utusan Malaysia

46 gabungan NGO Perlis nyata solidariti ke atas Palestin

SERAMAI kira-kira 1,000 orang peserta terdiri daripada 46 badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di perkarangan Masjid Alwi, Kangar, Perlis, bagi menyatakan solidariti ke atas rakyat Palestin. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Nasib rakyat Palestin yang ditindas terus mendapat perhatian masyarakat Islam menerusi Himpunan Aman Solidariti Rakyat Palestin 2023 yang berlangsung di perkarangan Masjid Alwi, di sini, hari ini.

Himpunan anjuran Pertubuhan Kebajikan Muafakat Perlis (Muafakat) itu yang bermula pada pukul 2.30 petang disertai oleh 46 gabungan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini dengan kehadiran kira-kira 1,000 peserta.

Antara pihak yang terlibat dalam himpunan berkenaan terdiri daripada gabungan NGO Islam, gabungan silat dan maahad tahfiz.

Menerusi himpunan itu, beberapa pemimpin NGO turut berkesempatan menyampaikan ucapan bagi membantah tindakan tidak berperikemanusiaan oleh rejim zionis tersebut.

Menurut wakil penganjur, Abd Agfarnizar Abd Wahab berkata, pihaknya menyasarkan tiga objektif menerusi penganjuran himpunan aman itu dalam bersama-sama menyatakan sokongan ke atas rakyat Palestin.

“Tiga objektif tersebut ialah bagi menghentikan peperangan di Palestin, menghentikan pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tidak berupaya serta menunjukkan kesatuan suara rakyat negeri ini,” katanya.

Hadir sama dalam himpunan berkenaan adalah Speaker Dewan Undangan negeri, Rus’sele Eizan, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan & Prasarana negeri, Izizam Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri, Haziq Asyraf Dun.

Dalam pada itu, Abd Agfarnizar berkata, tujuan pihaknya mengumpulkan semua NGO dalam himpunan itu adalah bagi menyuarakan penentangan terhadap rejim zionis yang bertindak kejam membunuh rakyat Islam di Palestin.

“Mesej yang kami ingin sampaikan adalah apa yang berlaku di Palestin bukan lagi isu kemanusiaan kerana ia telah berlarutan sejak 70 tahun lalu.

“Penganjuran program sebegini merupakan antara perkara yang boleh kita laksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat Islam di negara ini tentang situasi sebenar di Palestin,” katanya.

Tambahnya, himpunan itu juga merupakan sebahagian daripada jihad yang mampu dilaksanakan oleh pihaknya bagi dalam membantu nasib penduduk di negara itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya