34 notis dikeluarkan kepada peniaga jual ayam harga tinggi - Utusan Malaysia

34 notis dikeluarkan kepada peniaga jual ayam harga tinggi

SAHARUDDIN Mohd. Kia (kanan) memotong daging biri-biri import sebagai gimik pelancaran SHMMP Deepavali peringkat negeri di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu mengeluarkan sebanyak 34 notis kepada peniaga yang dikesan menjual ayam pada harga terlalu tinggi.

Pengarah KPDN negeri, Saharuddin Mohd. Kia berkata, notis pengesahan maklumat harga itu dikeluarkan sejak penamatan subsidi dan kawalan harga ayam bermula pada 1 November lalu.

Menurut beliau, pihaknya mengesan sebahagian besar peniaga di pasar awam menjual ayam standard pada harga terlalu tinggi antara RM10.50 sehingga RM11 sekilogram (kg).

Katanya, KPDN menerima maklumat harga tersebut melalui tinjauan daripada pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga meskipun tidak menerima aduan rasmi daripada pengguna.

“Tidak dinafikan terdapat paras harga terlalu tinggi bagi ayam standard di negeri ini dan ia membabitkan peniaga pasar basah yang mengalami masalah berkaitan kaedah perniagaan.

“Kesemua 34 peniaga yang menerima notis tunjuk sebab itu memberi maklum balas baik dan bertindak menurunkan harga runcit ayam antara 50 sen sehingga RM1 sekilogram sejak apungan harga.

“KPDN akan meneruskan pemantauan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang jika peniaga didapati terus menjual ayam pada harga tidak masuk akal,” katanya.

Saharuddin berkata demikian kepada pemberita selepas program pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Tambah Saharuddin, lapan jenis barangan akan dikawal harganya di bawah skim tersebut iaitu bawang besar import, bawang kecil India, cili merah, daging biri-biri import, kacang dal, kelapa dan tomato.

“Tempoh pelaksanaan SHMMP Deepaavali berlangsung selama seminggu bermula pada 9 sehingga 15 November bertujuan menjamin kestabilan harga dan bekalan di peringkat pengguna serta peniaga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya