2 sekolah antarabangsa di Pulau Pinang turut terima ancaman bom - Utusan Malaysia

2 sekolah antarabangsa di Pulau Pinang turut terima ancaman bom

V. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengesahkan dua buah sekolah antarabangsa di negeri ini turut menerima ancaman ugutan bom menerusi e-mel hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V. Saravanan berkata, sebanyak dua laporan polis telah dibuat oleh dua pengadu dan dua kertas siasatan berasingan telah dibuka.

Katanya, polis menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan kira-kira pukul 11.20 pagi di Tanjong Tokong manakala satu lagi laporan kejadian diterima pukul 12.27 tengah hari di Dato Keramat, di sini.

”Kedua-dua sekolah menerima kandungan e-mel yang sama pada hari ini daripada penghantar e-mel yang sama.

“E-mel yang dihantar bertajuk bahan letupan telah ditanam di sekolah dan kandungan e-mel menceritakan penghantar e-mel mengalami masalah hidup di mana dibenci oleh orang sekeliling, ayah merogolnya sejak kecil dan dihina di sekolah,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan sebanyak sembilan buah sekolah antarabangsa di sekitar ibu negara dan Selangor menerima ancaman bom melalui hantaran e-mel hari ini.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Menurut Saravanan, pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Pulau Pinang dan Unit K9 telah dikerahkan ke kedua-dua tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada apa-apa yang mencurigakan dan pasukan bomba juga berada di kedua-dua lokasi kejadian,” katanya.

Tambahnya, permohonan semakan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan dibuat untuk mengenal pasti butiran pemilik e-mel berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen Sek 507 Kanun Keseksaan kerana kesalahan ugutan jenayah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya