2 laporan polis diterima, Siti Mastura diambil keterangan di Bukit Aman esok - Utusan Malaysia

2 laporan polis diterima, Siti Mastura diambil keterangan di Bukit Aman esok

Guan Eng
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

SEBERANG PERAI: Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) mengesahkan menerima dua laporan berhubung dakwaan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhammad terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan komunis, Chin Peng.

Dua laporan terbabit meminta pihak polis menjalankan siasatan sewajarnya berhubung tuduhan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintenden Siti Nor Salawati Saad ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit.

“Laporan pertama berhubung kejadian ini telah dibuat berkait laporan polis di Teluk Intan, Perak dan siasatan telah dijalankan dibawah seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehingga kini, kita telah menerima dua laporan yang dibuat terhadap Siti Mastura,” katanya.

Tambahnya, keterangan Siti Mastura akan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di Bukit Aman esok.

Terdahulu, media melaporkan Guan Eng memulakan tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura selepas mendakwa beliau mempunyai hubungan kekeluargaan Chin Peng.

Katanya, beliau sudah melantik Datuk Sankara Narayanan Nair sebagai peguamnya untuk memulakan tindakan dan prosiding undang-undang terhadap Siti Mastura.

Guan Eng berkata, tindakan itu berdasarkan ucapan kebencian Siti Mastura di Kemaman, Terengganu pada majlis Ameerah atau ahli wanita muda Pas pada 4 November lalu yang diselit dengan pembohongan keterlaluan dan fitnah jahat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya