184 mangsa banjir di Terengganu dipindahkan  - Utusan Malaysia

184 mangsa banjir di Terengganu dipindahkan 

SEORANG guru mengutip buku yang hanyut dalam kejadian banjir di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 184 mangsa daripada 67 keluarga dipindahkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di Terengganu dalam kejadian banjir gelombang pertama setakat pukul 12 tengah, hari ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, mangsa tertinggi ialah di Dewan Serbaguna Tok Jembal di Kuala Nerus yang menempatkan 124 orang daripada 54 keluarga.

Satu lagi PPS di Kuala Nerus ialah Dewan Flat Batin Perdana yang menempatkan 25 mangsa daripada empat keluarga.

Pada masa sama,  seramai 35 mangsa daripada sembilan keluarga pula kini berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering di daerah Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, secara umumnya, hujan turun menyeluruh di negeri Terengganu bermula awal pagi tadi. 

“Penerimaan hujan yang sangat tinggi direkodkan melebihi 200 milimeter (mm) di sekitar daerah Kuala Terengganu manakala 100 mm di sekitar daerah Kuala Nerus, Besut, Setiu dan Marang,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi arahan penutupan jalan yang telah dinaiki air dan menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Ibu bapa juga dinasihatkan agar memantau pergerakan anak-anak mereka kerana kita tidak mahu berlakunya sebarang insiden termasuk kehilangan nyawa dalam tempoh bencana kali ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya