YIM sumbang peralatan bernilai RM50,000 kepada UMS

YIM sumbang peralatan bernilai RM50,000 kepada UMS

KUNJUNGAN hormat Sharmila Salleh (tengah) dan pegawai YIM ke UMS di Sepanggar, Kota Kinabalu Sabah baru-baru iin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: U-Science, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima peralatan Makerspace daripada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bernilai RM50,000.

Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Dr. Sharmila Mohamed Salleh berkata, sumbangan termasuk pelbagai jenis peralatan Makerspace seperti komputer, pencetak 3D, televisyen pintar, pemotong dan pengukir laser serta set Arduino.

Katanya, ia bagi meningkatkan daya saing inovasi dan budaya mencipta serta bermatlamat sebagai hab perkongsian pengetahuan dan kemahiran seiring dengan inisiatif pembangunan Ruang Daya Cipta (RDC).

“Ia termasuklah pengalaman praktikal melalui kaedah Quintuple Helix iaitu gabungan kerajaan, industri, akademia, masyarakat dan alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan ini bersempena kunjungan hormat beliau bersama pegawai-pegawai YIM ke Pejabat Naib Canselor bagi mengadakan pertemuan bersama Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor baru-baru ini.

Sharmila berkata, beliau percaya dengan potensi besar masyarakat negeri Sabah untuk menghasilkan sesuatu ciptaan atau inovasi melalui kemudahan dan akses kepada peralatan-peralatan ini seterusnya berharap sumbangan itu dapat memberikan manfaat secara menyeluruh terutama kepada semua warga UMS.

Dalam pada itu, Kasim berterima kasih kepada YIM atas pemberian peralatan kepada U-Science.

Katanya, ia merupakan sumbangan kedua pihak YIM yang sebelumnya pernah menyumbang peranti pintar.

“Saya berharap pelajar-pelajar UMS mahupun komuniti di sekitar UMS dapat mengambil peluang serta memanfaatkan dengan baik peralatan Makerspace ini,” katanya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya