Waris Orang Asli maut dibaham harimau terima pencen penakat Perkeso

Waris Orang Asli maut dibaham harimau terima pencen penakat Perkeso

SYAHIRA Hamid (dua dari kanan) menerima kunjungan rombongan pihak Perkeso di rumahnya di Pos Pasik, Gua Musang, Kelantan, semalam.UTUSAN/IHSAN PERKESO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Waris kepada lelaki Orang Asli suku kaum Temiar yang maut dibaham harimau belang di Pos Pasik di sini kira-kira dua minggu lalu menerima pencen penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM918.75 bermula bulan ini.

Jumlah bayaran pencen tersebut diberikan kepada tiga waris kepada mangsa, Pisie Amud, 25, yang layak iaitu isterinya, Syahira Hamid, 20, dan dua anaknya Nur Haura, setahun, dan Finka, dua tahun.

Pengurus Pejabat Perkeso Kuala Krai, Mohd. Azran Che Nuri berkata, selain pencen bulanan, waris mangsa turut menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000.

Menurutnya, pencen penakat yang dibayar secara bulanan itu diberikana berikutan mangsa sebelum ini bekerja sebagai Ranger Komuniti (Pelindung) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan merupakan pencarum Perkeso.

“Isteri mangsa layak menerima faedah itu seumur hidup manakala anak-anaknya layak sehingga usia 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal).

“Kami berharap pencen penakat ini dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga Orang Berinsuran untuk kelangsungan hidup mereka,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Azran memberitahu, dia berharap Orang Asli yang bekerja di bawah 20 sektor pekerjaan agar berdaftar dengan Skim Pekerjaaan Sendiri (SPS) di bawah SPS Pandanan Caruman. 

Katanya, orang bekerja sendiri (OBS) hanya perlu membayar 20 peratus iaitu RM46.60 daripada kadar caruman sebanyak RM232.20 sahaja. 

Sementara itu, Syahira sebak selepas menerima manfaat bantuan daripada Perkeso itu dan akan menggunakan wang berkenaan sebaik mungkin bagi menyara dua anaknya yang masih kecil.

“Saya langsung tidak tahu arwah suami ada mencarum dengan Perkeso. Saya dihubungi pegawai Perkeso yang memaklumkan kami layak menerima sumbangan itu.

“Kami berterima kasih kepada rombongan Perkeso yang sanggup datang meredah jalan ladang dan laluan balak lebih dua jam untuk menyampaikan bantuan itu kepada kami,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan mayat lelaki Orang Asli yang dibaham harimau belang sebelum diseret sejauh 300 meter ke cerun bukit di kawasan kebun kelapa sawit di RPS Pos Pasik di sini Selasa lalu ditemui dalam keadaan mengerikan pada 4 Oktober lalu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya