Tular wajah seiras Modi jual pani puri di gerai tepi jalan

Tular wajah seiras Modi jual pani puri di gerai tepi jalan

ANIL Bhai Thakkar (kanan) menjual pani puri di Gujarat dan dikatakan seiras dengan Narendra Modi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUJARAT: Tular dalam media sosial apabila Perdana Menteri India, Narendra Modi menjual makanan pani puri di gerai tepi jalan di Gujarat.

Anil Bhai Thakkar yang memiliki gerai dinamakan Pusat Tulsi Pani Puri di Anand, Gujarat dirujuk sebagai Modi oleh penduduk tempatan kerana profil sisi dan penampilannya serupa dengan Perdana Menteri India itu.

Malah, gaya rambut dan janggut putihnya juga sepadan dengan Modi.

Thakkar dikatakan berasal dari Junagadh dan dia membuka Pusat Tulsi Pani Puri sejak berusia 18 tahun.

Kedai itu dimulakan oleh datuknya, lapor NDTV.

Lelaki berusia 71 tahun itu berkata bahawa pelanggan sering mendapat gambar swafoto dengannya kerana penampilannya.

“Saya mendapat banyak kasih sayang dan penghormatan daripada penduduk tempatan dan pelancong kerana persamaan saya dengan Modi,” katanya.

Thakkar berkata, dia me­ngambil penekanan terhadap kebersihan dan juga memastikan gerainya sentiasa bersih, juga menjaga nama Modi yang dikatakan seiras dengannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN