Wanita cedera ditikam di kedai dobi - Utusan Malaysia

Wanita cedera ditikam di kedai dobi

TANGKAP layar daripada rakaman CCTV menunjukkan suspek yang dipercayai menikam seorang wanita di sebuah kedai dobi layan diri di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus, petang tadi.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang wanita cedera akibat ditikam senjata tajam oleh seorang lelaki di sebuah kedai dobi layan diri di Kampung Seberang Takir dekat sini kira-kira pukul 3 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di dalam premis berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan wanita tempatan berusia 31 tahun ditikam di bahagian belakang oleh suspek yang menggunakan gunting.

“Pihak polis tidak menolak suspek cuba melakukan samun ketika wanita itu berada di dalam sebuah dobi berdekatan Kem Rejimen Askar Melayi Diraja (RAMD) sekitar pukul 3 petang tadi.

“Mangsa telah dibawa ke hospital untuk diberi rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan berada dalam keadaan stabil.

“Pihak polis masih giat mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 324/393 Kanun Keseksaan (KK),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut seorang pekerja kedai serbaneka bersebelahan dobi berkenaan, suspek telah berada di hadapan premis perniagaannya sejak jam 1 petang dan menunggu di situ selama hampir dua jam.

Dia yang enggan dikenali mendakwa, lelaki berkenaan sempat masuk ke dalam kedai serbaneka untuk membeli barang dan berkelakuan normal sebelum kejadian itu berlaku.

Terdahulu tular di media sosial video dan gambar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek yang meluru masuk ke dobi itu lalu menikam mangsa dari arah belakang.

Rakaman CCTV premis tersebut juga menunjukkan suspek turut bertindak menyepak bahagian kepala mangsa sebelum melarikan diri dengan tergesa-gesa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya