Tun M bayang tidak akan jadi PM buat kali ketiga

Tun M bayang tidak akan jadi PM buat kali ketiga

Dubai
DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan bayangan awal bahawa beliau tidak lagi berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga selepas ini.

Bekas Perdana Menteri yang keempat dan ketujuh itu malah meluahkan gambaran tidak mungkin bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman tidak lama lagi.

“Cukuplah lagi pun saya sudah berusia 98 tahun,” katanya berucap pada forum Minggu Negarawan bertemakan ‘Melayu, Sejarah dan Identiti’ di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Mengulas lanjut dalam nada jenaka, beliau jika diberikan peluang mahu dilantik sebagai Menteri Pendidikan bagi mengubah sistem pendidikan negara yang didakwa huru-hara.

“Saya berminat untuk jadi menteri itu kembali sebab pernah ada pengalaman dan mahu memulihkan semula sektor persekolahan negara ke arah yang lebih baik lagi,” jelasnya.

Perikatan Nasional pada minggu lepas menafikan spekulasi yang tokoh itu akan menjadi calon blok tersebut untuk memberikan laluan kepada beliau dapat kembali ke Parlimen.

Kerusi itu diisytiharkan kosong setelah mahkamah membatalkan keputusan pilihan raya lalu kerana kesalahan rasuah ke atas pengundi dan tiada notis rayuan yang dikemukakan.

Sementara itu, Dr. Mahathir menyifatkan pelantikannya sebagai penasihat tidak rasmi empat negeri dikuasai Pas atau SG4 demi menebus kesilapan sebelum ini kerana pernah meminggirkan negeri-negeri di Pantai Timur ketika menjadi Perdana Menteri keempat.

“Saya mengaku bersalah kerana ketika itu parti saya bermusuh dengan Pas,” katanya.

Pada masa sama ujar beliau lagi, SG4 mampu menarik pelaburan yang boleh memberi manfaat besar kepada limpahan pembangunan selain empat negeri terbabit turut memiliki banyak kekayaan sumber asli dan kelebihan tanah subur untuk kegiatan pertanian bagi menjana pertumbuhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya