Tun Mahathir sihat, namun kesunyian - Marina

Tun Mahathir sihat, namun kesunyian – Marina

TUN. Dr. Mahathir Mohamad menabur bunga di atas pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya semalam. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berada dalam keadaan sihat ketika ini, namun mengalami fasa kesunyian kerana kehilangan teman hidup yang bersamanya selama kira-kira 70 tahun.

Itu antara luahan anak perempuan Dr. Mahathir, Datuk Marina Mahathir mengenai status terkini negarawan itu.

Menurut beliau, bapanya masih bersedih dengan pemergian ibu, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, namun keadaan kesihatannya ketika ini adalah baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang ayah sedih. Ini ‘partner’ dia selama 70 tahun. Dia cuma rasa kesunyian. Jadi, kami semua cuba menemani dia sebanyak yang boleh, siang dan malam,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Siti Hasmah di Pusara Negara, Presint 20, di sini, hari ini.

Beliau hadir pada pukul 10.40 pagi sambil meletakan jambangan bunga di pusara.

Marina berkata, ahli keluarga termasuk adik-beradik dan anak-anak bergilir-gilir menemani Tun Mahathir bagi memastikan beliau tidak bersendirian.

“Dia rasa sangat kesorangan sekarang. Macam mana tidak sedih, ini pasangan dia selama 70 tahun,” katanya.

Beliau berkata, kehilangan Allahyarham turut dirasai seluruh ahli keluarga yang sebelum ini sudah terbiasa melihat dan bersama Allahyarhamah di rumah.

“Kami semua pun rasa rindu. Kami dah biasa selalu melihat ibu di rumah, tetapi sekarang susah nak percaya yang dia sudah tiada,” katanya.

Semalam, Tun Siti Hasmah selamat dikebumikan dengan penuh Istiadat Pengebumian Pembesar Negara di Pusara Negara kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi dikebumikan berhampiran pusara isteri bekas Perdana Menteri, Tun Endon Mahmood.

Istiadat pengebumian itu diketuai Kapten Ahmad Saufi Md. Isa dari Markas Tentera Darat selain disertai lapan pegawai daripada gabungan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×