Tiga remaja maut motosikal ditunggangi terlibat kemalangan  - Utusan Malaysia

Tiga remaja maut motosikal ditunggangi terlibat kemalangan 

KEADAAN mayat tiga penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan melibatkan enam buah motosikal di Kilometer 333.1, Lebuhraya Pantai Timur 2, arah Kuantan, berhampiran susur keluar Plaza Tol Paka, Dungun, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Tiga remaja lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan lima maut manakala tiga lagi penunggang motosikal lain cedera parah dalam kemalangan melibatkan enam buah motosikal di Kilometer 333.1, Lebuhraya Pantai Timur 2, arah Kuantan, berhampiran susur keluar Plaza Tol Paka, di sini, malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam, murid tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai, Kemaman, Ahmad Osama Ramadhan Laidin, 17, dan dua lagi penunggang motosikal iaitu Muhammad Fitri Hanif Rohaimi,18, dan Muhammad Syah Run Nizam Jaafar, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan. 

Ahmad Osama Ramadhan dari Binjai, Kemaman dan Muhammad Fitri Hanif, dari Kampung Bukit Kuang, masing-masing menunggang motosikal jenis RXZ, sementara Muhammad Shah Run Nizam pula menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC.

Tiga lagi penunggang motosikal iaitu, Mohamad Afiq Kamal, 19, dari Felda Neram II, cedera parah di bahagian kaki manakala  Muhamad Firzani Hilman Mohd. Arif Fadhillah, 20, serta Muhammad Haziq Haikal Ismail, 17, masing-masing berasal dari Cheneh, mengalami cedera ringan. 

 Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang Muhamad Firzani Hilman, dari arah Paka, tiba-tiba dilanggar sebuah motosikal dari arah belakang. 

“Pelanggaran itu menyebabkan Muhamad Firzani Hilman dan motosikalnya terjatuh di kiri lebuh raya. 

“Dalam masa yang sama, beberapa buah motosikal yang cuba mengelak dari merempuh mangsa, bergesel dan berlanggar sesama sendiri menyebabkan tiga mangsa yang maut tercampak di atas lebuh raya,” katanya. 

Maizura berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Dungun untuk menerima rawatan sementara mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke unit forensik hospital sama untuk tindakan lanjut. 

“Kes disiasat mengikuti Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kita minta supaya saksi kejadian tampil membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya